Saturday, 24 December 2011

RPH video PNP (Haiwan : Ayam)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PRASEKOLAH

TARIKH : 08/11/2011             HARI : RABU
MASA : 8.00-8.30 Pagi (30 minit)
Tunjang Utama                         : Tunjang Komunikasi :BAHASA MALAYSIA
Standard Pembelajaran Utama : BM 2.4.1-Menceritakan semula apa yang  didengar menggunakan ayat
                                                 yang mudah dan
Standard Pembelajaran Yang Disepadukan : LST 3.4.8- Memerhati dan menceritakan kitaran                                                                                 hidup  haiwan  yang biasa dijumpai.
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran ini, murid-murid dapat :
                                    1.  Membunyikan perkatan dua suku kata tertutup (kv + kvk)  (kvk +kvk)
                                    2. Menceritakan semula tentang ciri-ciri fizikal ayam dengan menggunakan ayat yang 
                                       mudah                                                                                                                                                
Konsep Utama : Ciri-ciri fizikal ayam; berbulu,paruh,berkaki dua, balung
Kosa kata        : berbulu,paruh,berkaki dua, balung
Peralatan dan bahan : Kad gambar ayam, telur , kad perkataan dan lembaran kerja

Langkah-langkah pengajaran

Masa
Langkah
Isi pelajaran
Aktiviti

Bahan
8.00-8.02
Set Induksi
(2 m)
Sebiji telur ayam;
-bentuk
-apa yang mengeluarkan telur
Apa kebaikan / kegunaan telur
-Guru memperlihatkan sebuah kotak dan meminta murid meneka isinya.
-Guru menjemput seorang murid untuk membuka kotak dan bersoaljawab tentang isi kotak tersebut.
-Guru menerangkan tentang tajuk pelajaran pada hari ini iaitu ayam. .

Benda maujud
-kotak
-sebiji telur ayam
8.02-8.08
Langkah 1 (6 m)
-nama ayam
-ayam betina
-ayam jantan
-paruh
-bulu
-taji
-balung
-sisik pada kaki

-Guru memperlihatkan gambar ayam; ayam jantan dan ayam betina.
-Bersoaljawab dengan murid tentang ciri-ciri fizikal ayam seperti bulu,paruh, sisik di kaki, balung, taji dan sebagainya,
Gambar ayam jantan dan betina
8.08-8.16
Langkah 2(8 m)
-nama ayam
-ayam betina
-ayam jantan
-paruh
-bulu
-taji
-balung
-sisik pada kaki
-Guru mempamerkan gambar ayam jantan dan betina.
-Murid mengecam ciri fizikal ayam seperti pada langkah 1.
-Guru mempamerkan kad-kad perkataan dan membimbing murid mengeja dan membaca perkataan itu.
-Murid-murid memadankan perkataan-perkataan itu dengan bahagian badan ayam yang telah dibaca.
Kad gambar
-kad perkataan
8.16-8.28
Langkah 3
(12 m )
-Gambar ayam
Guru mengedarkan lembaran kerja dan meminta murid untuk mewarnakan gambar tersebut.

-Lembaran kerja
-warna
8.28-8.30
Penutup
( 2 m)
Lagu
-Guru dan murid menyanyikan lagu yang bertajuk "ayam'
-lirik lagu


No comments:

Post a Comment